Pages

Friday, 14 February 2014

Figs: MY collection(2)

Jika terlalu kerap update, nanti orang akan ingat blog ini adalah diari harian, kan? Ini update minggu ke-3. Maaf, kalau gambar tak cantik sebab pakai hset


Gambar: Red Israel (kiri), Green Jordan (tengah), Green Jordan - usia 2 minggu (kanan)

Di sebabkan rumah (my parent) bukan tempat nursery, aku letakkan kat area yang ku sendiri rasa selesa duduk sambil bergolek-golek. Jarak dalam 2.5-3 meter dari sumber cahaya matahari time panas terik untuk 1 minggu.
  • minggu ke-1: ku dedahkan jua dengan cahaya matahari 7-10 pagi
  • minggu ke-2: dari pukul 7-12 tengahari
  • minggu ke-3: full time "bermain" kat luar.
Harus jua diingat, jika "terasa" terlalu panas dalam minggu pertama dan kedua, singkatkan tempoh "berjemur". Jangan jua terdedah terus pada hujan lebat. Minggu ke-4, boleh nampak perubahan ketara kerana telah beradaptasi dengan keadaan persekitaran. Syukur..berjaya jua walaupun percubaan yang lalu gagal.

Minggu ke-5, masalah lain pula yang berlaku iaitu Red Israel dan Green Jordan yang agak sihat di serang serangga kecil dan nyamuk jantan. Habis berbintik pucuk muda, sebab sap sel dah kena sedut. Yang kedua, daun agak pucat kerana akar muda terdedah pada bahang matahari.

Green Jordan yang berusia 2 minggu pun sama, pucuk "melecur" kerana panas, tinggal 1 daun lagi. Rasa nak give up je..sebab kebarangkalian nak tumbuh tunas baru adalah sangat rendah. Ku letakkan saja pada tempat redup, dan siram sekali setiap 2 hari.. dan ku biarkan "saja".

Langkah lain: 
Aku bawa semua anakku ke Kuching, sebab dapat ku jaga setiap hari. Untuk elak kepanasan pada akar, aku taburkan 1-2cm tanah merah pada permukaan tanah atau cebisan kayu. Memang berkesan.

1 minggu:"anak kecil" yang ku tinggalkan, mula mengeluarkan tunas baru..huhu..ingatkan dah "K.O"? Alhamdulillah.. tapi, hairan pula, sebab bentuk daun yang dihasilkan unik dan tidak sama dengan origin spesis. Mutan kot?

No comments:

Post a Comment