![]() |
| sumber: internet |
Pada mulanya, memang tidak terlintas untuk menanam pokok tin. Oleh kerana amat meminati rasa buah tin yang biasanya diberikan oleh kenalan dan sanak saudara yang balik dari mengerjakan umrah dan haji, terdetik seketika.. boleh ke tanaman ini tumbuh di Malaysia?
![]() |
| sumber: internet |
Memang susah mencari maklumat yang kita nak cari, banyak sangat iklan yang tak berkaitan. Kebanyakkan penjual pokok tin ini adalah daripada Indonesia. Dan ini bermaksud, tumbuhan ini boleh jua tumbuh di Malaysia kerana iklim di kedua negara ini agak sama. Akhirnya, berjaya jua menjumpai beberapa orang penjual dan "peminat-penanam". Pertama sekali, SMS dan email sebagai medium pertama untuk bertanyakan soalan-harga.
![]() |
| sumber: internet |
Harganya memang agak "murah" untuk satu keratan apatah lagi anak pokok. Seperti menjual beli emas. Kerana minat yang mendalam, tak apa..try dulu. Hasilnya, agak mengecewakan..anak pokok mati kerana tak tau langsung berkaitan dengan cara penanamannya iaitu kaedah siraman dan pendedahan cahaya matahari. Buang duit je. Pembelian ke-dua, tut (3 pokok-Mikail). Memang tumbuh dengan jaya tapi ada jua yang mati kerana belum beradaptasi dengan keadaan negeri Sarawak. Daun yang tumbuh dulu, tapi akar pula yang terbantut..2 pokok pula tu. Jawapan daripada peminat pokok tin: Pokok tersebut tidak di tumbuhkan di Malaysia tetapi dibawa masuk semasa dalam keadaan tut. Memang betul, dibawa masuk dari siam..huhu
Cuma satu yang berjaya hidup, hampir satu bulan..bulan kedua..mati kerana mempraktikkan "teori" budak sekolah. Serangan anai2 yang hidup dengan riang-ria pada akar pokok tin. Ku pakai ridsect dan shieldtox, anai-anai tu masih sempat gelak. Lastly, ku pakai minyak tanah/kerosin.. memang berkesan, termasuk pokok ku sekali mati, akar terkena jua..melayang RM400.
Servey harga:
2 minggu, merenung..dah lah niat tidak kesampaian. Sebab tak ada duit, ku cari dan tanya penjual yang ku kenal.. Alhamdulillah..jumpa jua. yang menjual agak murah-En Syawal. Ku beli 3 anak keratan pokok. Tapi mati jua, anak pokok ku telah mati lemas kerana banjir dan hujan lebat 2013. Time tu, negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan jua di landar banjir.






