Pembelian ke-4, setelah percubaan penanaman yang lalu terkubur dan tersungkur. Kali ini, ku kumpul sebanyak yang boleh ilmu yang berkaitan dengan pokok tin, media semaian dan penanaman, jenis tanah dan maklumat lain yang berkaitan. Banyak mana sekali pun pengetahuan tak akan berguna kalau tak dipraktikkan kan?
Pembelian daripada:
haziqafiqah@yahoo.com
3 Jan 2014: Ku terima parcel melalui pos laju, memang laju tapi delay penerimaan kerana cuti Tahun Baru. Kotaknya agak "cantik", mungkin dah kena "timang" dan dah dapat lesen terbang? Nasib baik, "ok" walaupun pucat sedikit kerana lebih satu minggu tak menerima cahaya..fobia kot naik kapal terbang?
Satu-persatu ku keluarkan, semua pucuknya "terkehel" dan kekeringan.
Jenis yang ku beli termasuk bonus:
- Purple Jordan
- Green Jordan
- Red Israel
Pesanan dari peminat: Bagi mereka yang mula berjinak-jinak untuk menanam tumbuhan ini, mulakan dari Green Jordan, kerana mudah untuk tumbuh dan beradaptasi dengan iklim Malaysia
Petang itu jua, aku ke Nursery: Rose Garden membeli "top soil" atau paling mudah "organik soil". Hati-hati kerana tak semua jenis organik soil sesuai pada peringkat pertumbuhan. Kebaikan menggunakan organik soil adalah untuk memudahkan pengudaraan dan pertumbuhan pada bahagian akar. Tetapi harus jua diingat, kerana organik soil mudah kering, jika terdedah pada matahari atau cuaca kering walaupun pada tempat yang redup. Kerana masih kekurangan pengetahuan, aku campurkan saja dengan tanah merah dgn nisbah 1:2 (tanah merah: organik soil). Jangan siram dulu semasa memindahkannya. Letakkan pada tempat yang redup, hari kedua atau ketiga baru siram secara perlahan-lahan dan ikut keperluan pokok atau keadaan cuaca.
Semasa pengeluaran dari kotak pos, my Purple Jordan dah kena serangan kulat pada hujung keratan. Ku letakkan cecair paracetamol (panadol lah), tapi mati jua..bukan saja pada hujung keratan tetapi pada akar...hampeh betul. Yang satu lagi selamat- Green Jordan, hampir-hampir "pupus" walaupun ada tanda-tanda serangan kulat.
Sebelah kiri: Green Jordan semasa penerimaan, ketinggian hanya 2 inci termasuk daun.
Sebelah kanan: Purple Jordan, akarnya memang dah berkembang dengan baik. Tapi, kulat yang tumbuh dulu.



No comments:
Post a Comment