Pages

Wednesday, 12 February 2014

Figs: MY Percubaan & Penerimaan

Pembelian dan penerimaan:
Masalah utama, kegagalan atau kematian pokok tin bukan disebabkan masalah pengankutan(pos) semata-mata, tetapi jua ilmu yang berkaitan dengan medium penanaman, mikro-iklim, cuaca dan siraman. Ini belum lagi termasuk penggunaan baja dan racun perosak.


  • Air - siraman yang terlalu kerap pada peringkat permulaan boleh menyebabkan akar sukar bernafas dan menyebabkan akar mereput
  • Cahaya matahari - seelok-eloknya, letakkan pada tempat yang rendup (tidak terlalu kering dan jua tidak terlalu panas)
  • Serangga - tak semua serangga merosakkan tanaman, tapi nyamuk jantan dan serangga halus boleh merosakkan daun dan pucuk muda kerana "samseng" ni menghisap sap sel tumbuhan.
  • Kulat - air yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan kulat dalam medium penanaman. Jika ianya berkembang dengan jayanya - akar pokok muda akan mereput kerana jangkitan
Kegagalan:
  1. Pembelian pertama: serangan anai-anai,  kulat, dan akar tidak berkembang, jua biji benih langsung tidak tumbuh kerana jangkitan kulat dan medium penanaman yang tidak sesuai..kalau kulat tiram tak apa jua, boleh ku makan.
  2. Pembelian ke-2: perubahan iklim, panas dan hujan secara mengejut walaupun diletakkan pada tempat yang redup.
  3. Pembelian ke-3: hujan lebat dan kelembapan yang agak tinggi menyebabkan akar mereput
  4. Pembelian ke-4: 1-purple jordan terkena jangkitan kulat semasa dalam pos (delay kerana cuti tahun baru), yang hidup hingga sekarang 2-green jordan dan 2 red israel
  5. Pembelian ke-5:  masih dalam peringkat semaian-cutting
  6. Pembelian ke-?? masih dalam perancangan...huhu tengok budget
Pesanan: Walaupun banyak halangan dan temui kegagalan, terus berusaha walaupun sukar dan banyak bersabar. Cuba 1 jenis pokok tin dulu, bagi mengelakkan kematian atau kerugian jika membeli pada kadar yang tinggi..duit ma..

No comments:

Post a Comment