Pembelian ke-5 iaitu cutting/keratan daripada:
Penerimaan pada 11/02/14, keratan masih dalam keadaan baik walaupun penerimaan tertunda hampir 1 minggu kerana masalah pos. Sepatutnya menggunakan pos laju tetapi dihantar melalui kiriman biasa. Selagi masih elok, "I have no comment". Okeylah, sebab ini merupakan pembelian dan percubaan yang pertama. Jika berjaya, akan ku cuba jenis/spesies yang lain. Masalah penanaman menggunakan keratan adalah, ambil tempoh yang lama untuk menumbuhkannya, seperti menjaga bayi je..
Jenis:
- TGF (Taiwan Golden Ficus)
- Masui Dauphine (Japan)
Oleh kerana keratan yang ku terima agak panjang, iaitu dalam 25cm, so potong dua. jimat budget dan boleh jua menambah bilangan anak pokok. itupun kalau semuanya "hidup" tanpa halangan. Rawatan yang ku gunakan adalah, membersih keratan tersebut menggunakan air paip yang mengalir. Kemudian keratan tersebut direndamkan dalam hormon pengakar selama 2 jam. Bagi mengelakkan serangan kulat, ku masukkan sekali "powder" racun kulat. Dibiarkan selama terendam1-2 jam. Pastikan lebihan campuran tadi tak dibuang, membazir tau... bolah digunakan untuk siraman "keratan" ini.
Sebaik-baik medium untuk keratan adalah daripada sabut kelapa, kerana mudah untuk menyimpan air. Yang kedua adalah perlite dan sekiranya tiada, organik soil pun dapat digunakan. Pastikan medium tidak terlalu basah dan tidak jua terlalu kering.















