![]() |
| sumber: internet |
Pada mulanya, memang tidak terlintas untuk menanam pokok tin. Oleh kerana amat meminati rasa buah tin yang biasanya diberikan oleh kenalan dan sanak saudara yang balik dari mengerjakan umrah dan haji, terdetik seketika.. boleh ke tanaman ini tumbuh di Malaysia?
![]() |
| sumber: internet |
Memang susah mencari maklumat yang kita nak cari, banyak sangat iklan yang tak berkaitan. Kebanyakkan penjual pokok tin ini adalah daripada Indonesia. Dan ini bermaksud, tumbuhan ini boleh jua tumbuh di Malaysia kerana iklim di kedua negara ini agak sama. Akhirnya, berjaya jua menjumpai beberapa orang penjual dan "peminat-penanam". Pertama sekali, SMS dan email sebagai medium pertama untuk bertanyakan soalan-harga.
![]() |
| sumber: internet |
Harganya memang agak "murah" untuk satu keratan apatah lagi anak pokok. Seperti menjual beli emas. Kerana minat yang mendalam, tak apa..try dulu. Hasilnya, agak mengecewakan..anak pokok mati kerana tak tau langsung berkaitan dengan cara penanamannya iaitu kaedah siraman dan pendedahan cahaya matahari. Buang duit je. Pembelian ke-dua, tut (3 pokok-Mikail). Memang tumbuh dengan jaya tapi ada jua yang mati kerana belum beradaptasi dengan keadaan negeri Sarawak. Daun yang tumbuh dulu, tapi akar pula yang terbantut..2 pokok pula tu. Jawapan daripada peminat pokok tin: Pokok tersebut tidak di tumbuhkan di Malaysia tetapi dibawa masuk semasa dalam keadaan tut. Memang betul, dibawa masuk dari siam..huhu
Cuma satu yang berjaya hidup, hampir satu bulan..bulan kedua..mati kerana mempraktikkan "teori" budak sekolah. Serangan anai2 yang hidup dengan riang-ria pada akar pokok tin. Ku pakai ridsect dan shieldtox, anai-anai tu masih sempat gelak. Lastly, ku pakai minyak tanah/kerosin.. memang berkesan, termasuk pokok ku sekali mati, akar terkena jua..melayang RM400.
Servey harga:
2 minggu, merenung..dah lah niat tidak kesampaian. Sebab tak ada duit, ku cari dan tanya penjual yang ku kenal.. Alhamdulillah..jumpa jua. yang menjual agak murah-En Syawal. Ku beli 3 anak keratan pokok. Tapi mati jua, anak pokok ku telah mati lemas kerana banjir dan hujan lebat 2013. Time tu, negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan jua di landar banjir.



Salam
ReplyDeleteSaya peminat baru pokok tin & baru terima 1 pokok dari Amanda Putri (Cik Zuraidah) cultivar Mikhal. Saya sudah pindahkan pokok (tingginya lebih kurang 1 kaki) dan daun baru dah keluar. Tapi saya nampak daunnya dijangkiti karat (rust). Apa tindakan harus saya ambil?
Saya juga beli dua pokok jenis green jordan & red israel. Penjualnya pesan jangan pindahkan, tunggu sehingga ia tumbuh lebih tinggi.
wsalam,
DeleteAda banyak sebab mengapa daun mudah dijangkiti karat-rust, diantaranya:
- terdedah pada cuaca panas.
- terlalu kerap pembajaan pada medium atau residu pada hujung daun
- medium yang mungkin terlalu bergaram atau terlalu berasid ( media yang masih berfermentasi) biasanya media yang baru dicampur.
cara mengatasi: pastikan anak pokok jangan dibaja 2-3 minggu (baja kimia).
letakkan anak pokok pada kawasan yang redup. paling mudah, jarak 1-2 meter daripada cahaya matahari terik. boleh disiram tapi jangan terlalu kerap, kerana boleh menyebabkan akar lemas/jangkitan kulat pada akar
bagi 2 jenis yang lain, biarkannya stabil/beradaptasi dahulu. jika tunas baru bercambah 2-3 helai daun, baru boleh pindahkan pada media baru dan pastikan jangan terdedah pada bahang matahari dan air yang berlebihan.
Daun pokok fig berkarat kerap berlaku semasa musim hujan akibat kelembapan yang berlebihan.
DeleteBrenda Chan, for your info, Cik Zuraidah bukan dari Amanda Putri Fig Garden..
Ya, betul. Penyiraman yang kerap, hujan dan kelembapan yang tinggi jua menyumbang pada penyakit karat pada pokok figs.
Delete1) Karat: Apa tindakan yg harus saya ambil bila daun sudah berkarat? Petik & buangkan?
ReplyDelete2) Daun Luruh: Satu pokok tin saya luruhkan kesemua daunnya minggu lepas - saya syaki tanah tak sesuai kerana sejak pindah dari polybag 2 bulan lepas, tak ada daun baru langsung, daun tak jadi besar & warnanya kurang hijau (lebih kekuningan). apakah perlu saya buat, tukarkan medium & basuh akar nya (separuh sudah reput).
Tolong bagi advice. Ribuan terima kasih.
Daun yang telah berkarat biasanya mudah gugur.
DeleteBagi akar yang telah reput, bermaksud medium terdahulu terlalu basah/berair.
cadangan:
-tukar ke medium yang baru
-buang akar yang reput (potong dgn berhati-hati)
-letakkan pada kawasan yang redup
-spray dgn solution(penggalak daun dan akar)
tapi jangan terlalu kerap/banyak keranan boleh menyebabkan medium berair
#sekiranya membeli anak pokok melalui pos atau kawasan yang jauh, pastikan anak pokok direhatkan 3-4 hari. letakkan pada kawasan redup. lihat pada medium dahulu sebelum menyiram, kerana siraman yang kerap menyebabkan akar lemas. hanya spray daun dgn air jika cuaca panas bukan pada keseluruhan termasuk medium.
#tanah organik memang sesuai bagi penanaman anak pokok TAPI
-tanah organik mudah menyimpan air jua
-mudah kehilangan air bila terdedah pada bahang/cahaya matahari
Saya punya problem yang sama.Daun Tin sebelum terserang akan ditandai daun sehat akan layu at sudden biasanya terjadi saat matahari terang siang hari. Untuk menyelamatkan agar daun kembali bangun atau segera siram media tanah dengan air bersih diambil dari sumur bor. Karena jika tidak segera daun akan layu dan keriting susah pulih kembali... itu tindakan emergency yang saya lakukan selanutnya tanyakan para sama experts.
DeleteSaya ucapkan ribuan terima kasih atas nasihat. Cuba menyelamat pokok red khurtmani yang malang aku - sangat sedih....dua dahan nampak sudah kering, tinggal satu yang kelihatan masih bernyawa. Dulu green jordan saya pun "stunted" tak tumbuh langsung, selepas saya tambah sikit baja organik, sekarang daunnya sangat lebat tapi belum berbuah lagi. Keratan coll dama rimada pun kering macam kayu manis. Daun kecil nya kering & gugur selepas 2 hari saya beli. Memang tak pandai jaga pokok kecil dari keratan. Lebih senang jaga bila beli anak tut. Bolehkah bagi nasihat bagaimana nak akarkan keratan & jagaan selepas berakar? Terima kasih.
ReplyDeleteboleh rujuk dalam blog ini, click home..
ReplyDelete